MENGENAI KAMI

aboutNoor DMC merupakan sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan menarik di sekitar Croatia dan negara-negara berhampiran. Agensi ini merupakan sebahagian daripada Penta PCO, yang telah ditubuhkan 23 tahun yang lalu dan telah membuktikan kemampuannya sebagai pemangkin dalam bidang MICE di Croatia. Disebabkan oleh kepesatan sektor pelancongan, kami memutuskan untuk fokus kepada pasaran pelancongan Muslim. Hasil kerja keras kami , kami berbangga apabila kami berjaya memperoleh pengiktirafan " Centre for Halal Quality Certification".

Pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Noor DMC di Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Slovenia, Montenegro, Itali dan Austria merupakan yang terbaik beserta standard halal yang dititikberatkan.

Croatia telah diiktiraf oleh pasaran Muslim sebagai destinasi yang menarik dan berbaloi untuk dilawati. Berdasarkan pengetahuan yang mendalam mengenai budaya Muslim dan keperluan-keperluan Muslimin serta Muslimat semasa melancong, kami di sini akan memastikan perjalanan anda di sini berjalan dengan lancar dan anda akan membawa pulang 1001 kenangan yang manis sepanjang anda melancong bersama kami.

Kesemua pakej pelancongan yang disediakan oleh kami, dibuat untuk menunjukan kecantikan Croatia melalui percutian yang mewah, digabungkan dengan pemandangan yang indah, gastronomi serta sejarah. Kesemua pengalaman hebat ini akan diberikan kepada anda berdasarkan pengetahuan kami yang mendalam. Noor DMC akan memberikan anda peluang untuk memperoleh yang terbaik di setiap lokasi yang dilawati. Selain daripada kawasan pelancongan yang utama, kami juga akan memperkenalkan kepada anda nilai-nilai tradisi serta budaya di Croatia.

Kepada yang menginginkan percutian ke Croatia secara mewah, kami akan menyajikan anda gastronomi serta penginapan yang terbaik. Anda akan merasa lega apabila mengetahui bahawa setiap hotel dan restoran telah dipilih secara teliti, dilawati serta diperiksa berulangkali oleh kami.

Sementara itu, kepada pelanggan yang menginginkan percutian yang berbeza, kami dapat memberikan percutian peribadi yang dikhaskan untuk memenuhi setiap keperluan dan keinginan anda. Anda hanya perlu memaklumkannya kepada kami!


PERKHIDMATAN KAMI


Perkhidmatan yang disediakan oleh DMC untuk para pelanggan serta rakan kongsi:

· Menyediakan jadual perjalanan yang beserta dengan kebanyakkan lokasi yang terkenal serta pemandangan yang menakjubkan.
· Jadual perjalanan yang dibuat khusus untuk memenuhi setiap permintaan pelanggan kami
· Pemandu pelancong yang berpengalaman serta mesra yang dapat mempersembahkan kepada anda sejarah, budaya, kecantikan semula jadi, tradisi serta adat dengan cara yang tersendiri. Pemandu pelancong ini akan berada bersama anda sepanjang percutian anda.
· Masakan terbaik di restoran yang telah dipilih secara teliti
· Pelbagai pilihan pengangkutan- bas, kereta peribadi beserta pemandu, kapal terbang kecil
· Penginapan yang terbaik, telah diselia dan hotel butik yang telah diperiksa.
· Pantas serta efektif dalam memenuhi setiap kemahuan anda.



image003 image005 image007 image001