PAKEJ BALKAN + PAKEJ TAMBAHAN

+ PAKEJ TAMBAHAN-beserta dengan rantau dan lokasi dari Pakej Balkan
DURASI: 10 hari
RANTAU: Dalmatia, Istria, Itali
LOKASI: Dubrovnik, Split, Trogir, ZadarTaman Negara KrkaTaman Negara Tasik Plitvice, Rovinj, Motovun, Porec, PulaTaman Negara Brijuni, Venice
PETA


Hari 1 Zagreb
Selamat datang ke Croatia! Percutian anda bermula di ibu negara Zagreb! Pemandu pelancong anda akan menunggu di lapangan terbang. Kemudian, anda akan dibawa ke sebuah hotel di pusat bandar. Sekiranya terdapat kelapangan masa (bergantung kepada waktu ketibaan anda), anda akan dibawa berjalan di sekitar bandar. Nikmati makan malam dan berehat di hotel.

Hari 2 Zagreb
Selepas bersarapan, ayuh terokai Croatia!Anda akan memulakan perjalanan bersama pemandu pelancong anda yang akan membawa anda ke serata tempat di bandar ini! Gunakan waktu terluang untuk meneroka, minum secawan kopi dan juga membeli-belah. Selepas berjalan-jalan, nikmati makan tengah hari di hotel. Berehat dengan secukupnya kerana pada waktu malam, anda akan dibawa untuk makan malam di sebuah restoran terkenal di Zagreb.

Hari 3 Zagreb-Zagorje-Zagreb
Anda akan dibawa ke Zagorje. Lihatlah pemandangan di kawasan paling hijau di rantau Croatia! Lawati istana tercantik di Croatia-Trakoscan. Nikmati pemandangan yang indah melalui salah satu menara yang terdapat di situ. Sesudah lawatan, anda akan dibawa untuk makan tengah hari dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Varazdin. Anda akan dibawa melancong di sekitar kawasan ini dan juga diberi masa bebas untuk bersiar-siar di sini. Kembali ke hotel untuk makan malam dan bermalam.

Hari 4 Zagreb-Plitvice-Jajce(BIH)
Tibalah masanya untuk melawat Taman Negara tercantik di Croatia (menurut kata ramai pihak), Tasik Plitvice. Rasai sebahagian hidangan istimewa di sini dahulu sebelum memulakan lawatan anda. Nikmati kecantikkannya!Percutian anda pada hari ini berakhir di Jajce, sebuah bandar di bahagian tengah Bosnia dan Herzegovina. Selamat datang! Penginapan di sebuah hotel. Makan malam dan bermalam.

Hari 5 Jajce (BIH)
Jajce mempunyai salah satu air terjun tercantik di dunia dan merupakan satu-satunya yang terletak di pusat bandar. Kami akan membawa anda melawatinya serta pekan lama di sekitarnya. Masa bebas akan diberi untuk anda meneroka sendiri pekan ini.
Makan tengah hari di hotel.
Makan malam di salah sebuah restoran di Jajce

Hari 6 Jajce-Sarajevo (BIH)
Anda akan dibawa ke ibu negara Bosnia dan Herzegovina. Sepanjang perjalanan, nikmati pemandangan indah yang tidak terusik dek pembangunan. Daftar masuk di sebuah hotel, makan tengah hari dan bersiar-siar di sekitar Sarajevo. Kembali ke hotel, makan malam dan bermalam.

Hari 7 Sarajevo (BIH)
Anda bebas untuk bercuti sendiri pada hari ini. Terokai bandar ini, cuba makanan di restoran dan anda juga boleh membeli-belah membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Makan malam akan diadakan di salah sebuah restoran terbaik di Sarajevo.

Hari 8 Sarajevo-Mostar (BIH)
Masa untuk meneroka Mostar dan jambatan ajaib di Sungai Neretva. Anda akan dibawa ke Mostar dan kemudiannya mendaftar masuk di sebuah hotel, berehat sebentar dan makan tengah hari. Kami akan membawa anda bersiar-siar di sekitar bandar. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 9 Mostar-Pocitelj (BIH)
Selepas bersarapan, kami akan membawa anda ke Pocitelj, sebuah lokasi bersejarah yang tersenarai dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ambil masa untuk menikmati ketenangan kawasan ini dan jangan lupa untuk merakamkan setiap kenangan indah dengan kamera anda. Pulang ke hotel. Makan tengah hari di hotel. Makan malam di salah sebuah restoran di Mostar.

Hari 10 Mostar-Dubrovnik
Selamat tinggal Bosnia dan Herzegovina!Teruskan perjalanan ke Dubrovnik. Daftar masuk dan makan tengah hari di hotel. Rehat sebentar. Pada waktu petang, pemandu pelancong akan membawa anda bersiar-siar. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 11 Dubrovnik-Ston-Dubrovnik
Hari ini anda akan diperkenalkan dengan bandar Dubrovnik yang memukau ini! Pemandu pelancong tempatan akan menunjukkan kepada anda setiap jalan, menara, istana serta benteng. Bayangkan anda berada di Zaman Pertengahan di sini! Selepas bersiar-siar di Dubrovnik, anda akan dibawa ke Ston. Nikmati hidangan istimewa di salah sebuah restoran terbaik di Ston sebelum memulakan perjalanan anda. Lawati lokasi pembuatan garam yang merupakan antara tertua di dunia atau berjalan di benteng pertahanan terpanjang di Eropah! Pulang ke Dubrovnik. Makan malam serta bermalam di hotel.

Hari 12 Dubrovnik
Anda diberi peluang untuk melakukan aktiviti bebas pada hari ini. Nikmati Dubrovnik melalui pelbagai muzium, galeri, restoran, serta acara kebudayaan. Susuri jalan-jalan batu bundar.Nikmati perkhidmatan urutan yang terdapat di sini. Tenangkan fikiran anda. Sekiranya anda menginginkan percutian yang padat dengan aktiviti, kami boleh menawarkan pelbagai pakej untuk sehari atau separuh hari.

Makan malam akan dinikmati di salah sebuah restoran terbaik di Dubrovnik.

Hari 13 Dubrovnik
Percutian anda di sini tamat pada hari ini. Berlepas ke lapangan terbang.

Selamat tinggal!

Hari 13 Dubrovnik- Split
Bertolak ke Split! Daftar masuk serta makan tengah hari di hotel. Aktiviti bebas. Anda boleh menikmati pantai,laut atau spa... Makan malam serta bermalam di hotel.

Hari 14 Split
Bersiar-siar pada waktu pagi di pekan lama Split. Pemandu pelancong tempatan ada bersama anda untuk memperkenalkan kepada anda pekan ini melalui sejarah serta kecantikkannya yang tersendiri. Aktiviti bebas untuk makan tengah hari dan juga bersiar-siar di sekitar kawasan ini. Kami cadangkan supaya anda berehat secukupnya kerana makan malam telah ditempah di salah sebuah restoran terbaik di Split.

Hari 15 Split-Trogir-Zadar
Selepas bersarapan, kita akan menuju ke Zadar. Sebelum itu, kita akan singgah sebentar di Trogir, sebuah pekan bersejarah yang tersenarai dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Aktiviti bebas untuk makan tengah hari. Teruskan perjalanan ke Zadar. Penginapan di hotel. Anda boleh bersiar-siar pada waktu petang bersama pemandu pelancong anda di sekitar pusat bandar Zadar. Makan malam serta bermalam di hotel.

Hari 16 Zadar
Selamat pagi Zadar! Selepas bersarapan, kita akan memulakan pengembaraan di pekan bersejarah ini! Pemandu pelancong tempatan ada bersama anda untuk meneroka Zadar. Anda akan diberi waktu untuk melakukan aktiviti bebas. Kembali ke hotel dan makan tengah hari. Aktiviti bebas. Makan malam di salah sebuah restoran terbaik di Zadar.

Hari 17 Zadar-Krka-Zadar
Bertolak dari Zadar menuju ke Taman Negara Krka. Pemandu pelancong tempatan ada bersama untuk membawa anda melawat taman negara yang menarik ini. Makan tengah hari dan aktiviti bebas. Pulang ke Zadar. Makan malam serta bermalam di hotel.

Hari 18 Zadar-Tasik Plitvice-Rovinj
Tibalah masanya untuk melawat Taman Negara tercantik di Croatia (menurut kata ramai pihak), Tasik Plitvice. Daftar keluar dari hotel dan menuju ke Tasik Plitvice! Rasai sebahagian hidangan istimewa di sini dahulu sebelum memulakan lawatan anda. Nikmati kecantikkannya! Kita akan meneruskan perjalanan ke Rovinj di rantau Istria. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 19 Rovinj-Motovun-Porec-Rovinj
Masa untuk mengenali Istria! Sepanjang perjalanan di Istria, kita akan menuju ke Motovun serta Livade! Anda akan dibawa melawat kota zaman pertengahan yang terletak di atas bukit ini. Makan tengah hari. Teruskan perjalanan ke Porec dan kemudian anda akan dibawa bersiar-siar di kawasan bandar. Anda juga boleh meneroka bandar ini sendiri dengan melawat pelbagai lokasi menarik serta membeli-belah. Makan malam di salah sebuah restoran terbaik di Istria.

Hari 20 Rovinj-Pula-Brijuni-Rovinj
Percutian sepanjang hari di salah sebuah Taman Negara Croatia-Brijuni dan kota lama Pula. Sebelum itu, singgah sebentar di Svetvincenat, sebuah pekan kecil yang indah. Anda akan dibawa menuju Fazana untuk menaiki feri ke Taman Brijuni. Anda akan dibawa menaiki kereta api pelancong untuk melawat sekitar kawasan taman ini. Aktiviti bebas untuk makan tengah hari. Pulang semula ke tanah besar dan teruskan perjalanan ke Pula. Selepas tiba di bandar yang sangat indah ini, anda akan dibawa melawat ampiteater dan pusat bandar. Aktiviti bebas. Pulang semula ke hotel. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 21 Rovinj-Venice, Itali
Berlepas dari Rovinj menuju ke Venice, yang turut dikenali sebagai "Bandar Jambatan". Sejurus tiba, daftar masuk di hotel, makan tengah hari, rehat sebentar dan selepas itu, lawatan anda bermula! Terokai kecantikkan venice bersama pemandu pelancong anda. Aktiviti bebas. Pulang ke hotel. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 22 Venice, Itali
Percutian anda berakhir di sini. Berlepas ke lapangan terbang.

Selamat Tinggal!