PERMATA CROATIA-VENICE YANG HILANG



Hari 1 Venice, Itali
Tiba di Venice, yang turut dikenali sebagai "Bandar Jambatan" .Transfer ke hotel dari lapangan terbang. Sekiranya terdapat kelapangan masa (bergantung kepada waktu ketibaan anda), anda akan dibawa berjalan di sekitar bandar. Nikmati makan malam dan berehat di hotel.

Hari 2 Venice, Itali
Selepas bersarapan, terokai kecantikkan venice bersama pemandu pelancong anda. Aktiviti bebas untuk makan tengah hari atau membeli-belah. Pulang ke hotel. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 3 Venice,Itali-Rovinj,Croatia
Menuju ke Croatia melalui Trieste dan Slovenia. Nikmati pemandangan yang cukup memukau ini! Tiba di hotel, makan tengah hari dan mulakan lawatan di bandar ini bersama pemandu pelancong anda. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 4 Rovinj-Motovun-Porec-Rovinj
Masa untuk mengenali Istria! Sepanjang perjalanan di Istria, kita akan menuju ke Motovun serta Livade! Anda akan dibawa melawat kota zaman pertengahan yang terletak di atas bukit ini. Makan tengah hari. Teruskan perjalanan ke Porec dan kemudian anda akan dibawa bersiar-siar di kawasan bandar. Anda juga boleh meneroka bandar ini sendiri dengan melawat pelbagai lokasi menarik serta membeli-belah. Makan malam di salah sebuah restoran terbaik di Istria.

Hari 5 Rovinj- Pula- Brijuni- Rovinj
Percutian sepanjang hari di Salah sebuah Taman Negara Croatia-Brijuni dan kota lama Pula. Sebelum itu, singgah sebentar di Svetvincenat, sebuah pekan kecil yang indah. Anda akan dibawa menuju Fazana untuk menaiki feri ke Taman Brijuni. Anda akan dibawa menaiki kereta api pelancong untuk melawat sekitar kawasan taman ini. Aktiviti bebas untuk makan tengah hari. Pulang semula ke tanah besar dan teruskan perjalanan ke Pula. Selepas tiba di bandar yang sangat indah ini, anda akan dibawa melawat ampiteater dan pusat bandar. Aktiviti bebas. Pulang semula ke hotel. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 6 Rovinj- Opatija- Tasik Plitvice- Zagreb
Ucapkan selamat tinggal kepada Istria! Berlepas ke Taman Negara tercantik di Croatia (menurut kata ramai pihak), Tasik Plitvice. Sebelum itu, kita akan berehat sebentar di Opatija!Perjalanan diteruskan melalui banjaran gunung. Makan tengah hari sejurus tiba di Tasik Plitvice. Cuba masakan istimewa rantau ini dan mulakan pengembaraan menerokai taman ini. Perjalanan diteruskan ke Zagreb, ibu negara Croatia. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 7 Zagreb
Kami akan membawa anda bersiar-siar di Zagreb! Lawati ibu negara yang masih mempunyai keistimewaan serta tarikan seperti pekan kecil. Aktiviti bebas untuk memberi anda peluang menerokai kecantikkan bandar ini sendiri. Berjalan-jalanlah di sekitar bandar ini, minum secawan kopi, beli buah tangan.
Pulang ke hotel dan makan tengah hari. Makan malam di sebuah restoran terkenal di Zagreb.

Hari 8 Zagreb
Percutian anda berakhir di sini. Berlepas ke lapangan terbang.

Selamat Tinggal!