PAKEJ INDAH



Hari 1 Venice, Itali
Tiba di Venice, yang turut dikenali sebagai "Bandar Jambatan" .Transfer ke hotel dari lapangan terbang. Sekiranya terdapat kelapangan masa (bergantung kepada waktu ketibaan anda), anda akan dibawa berjalan di sekitar bandar. Nikmati makan malam dan berehat di hotel.

Hari 2 Venice, Itali
Selepas bersarapan, terokai kecantikkan venice bersama pemandu pelancong anda. Aktiviti bebas untuk makan tengah hari atau membeli-belah. Pulang ke hotel. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 3 Venice, Itali-Rovinj,Croatia
Menuju ke Croatia melalui Trieste dan Slovenia. Nikmati pemandangan yang cukup memukau ini! Tiba di hotel, makan tengah hari dan mulakan lawatan di bandar ini bersama pemandu pelancong anda. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 4 Rovinj-Motovun-Porec-Rovinj
Masa untuk mengenali Istria! Sepanjang perjalanan di Istria, kita akan menuju ke Motovun serta Livade! Anda akan dibawa melawat kota zaman pertengahan yang terletak di atas bukit ini. Makan tengah hari. Teruskan perjalanan ke Porec dan kemudian anda akan dibawa bersiar-siar di kawasan bandar. Anda juga boleh meneroka bandar ini sendiri dengan melawat pelbagai lokasi menarik serta membeli-belah. Makan malam di salah sebuah restoran terbaik di Istria.

Hari 5 Rovinj-Pula-Brijuni-Rovinj
Percutian sepanjang hari di Salah sebuah Taman Negara Croatia-Brijuni dan kota lama Pula. Sebelum itu, singgah sebentar di Svetvincenat, sebuah pekan kecil yang indah. Anda akan dibawa menuju Fazana untuk menaiki feri ke Taman Brijuni. Anda akan dibawa menaiki kereta api pelancong untuk melawat sekitar kawasan taman ini. Aktiviti bebas untuk makan tengah hari. Pulang semula ke tanah besar dan teruskan perjalanan ke Pula. Selepas tiba di bandar yang sangat indah ini, anda akan dibawa melawat ampiteater dan pusat bandar. Aktiviti bebas. Pulang semula ke hotel. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 6 Rovinj-Opatija-Tasik Plitvice-Zadar
Ucapkan selamat tinggal kepada Istria! Berlepas ke Taman Negara tercantik di Croatia (menurut kata ramai pihak), Tasik Plitvice. Sebelum itu, kita akan berehat sebentar di Opatija!Perjalanan diteruskan melalui banjaran gunung. Makan tengah hari sejurus tiba di Tasik Plitvice. Cuba masakan istimewa rantau ini dan mulakan pengembaraan menerokai taman ini. Sesudah lawatan, kita akan bergerak menuju ke Zadar, sebuah bandar di persisiran pantai Croatia. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 7 Zadar
Selamat pagi Zadar! Selepas bersarapan, kita akan memulakan pengembaraan di pekan bersejarah ini! Pemandu pelancong tempatan ada bersama anda untuk meneroka Zadar. Anda akan diberi waktu untuk melakukan aktiviti bebas. Kembali ke hotel dan makan tengah hari. Aktiviti bebas. Makan malam di salah sebuah restoran terbaik di Zadar.

Hari 8 Zadar-Sibenik-Split
Berlepas dari Zadar menuju Split, dan singgah sebentar di Sibenik (sebuah bandar cantik di tepi pantai) untuk bersiar-siar dan makan tengah hari. Pemandu pelancong tempatan akan membawa anda melalui jalan batu bundar. Perjalanan ke Split, destinasi kita selama 2 hari diteruskan. Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 9 Split
Bersiar-siar pada waktu pagi di pekan lama Split. Pemandu pelancong tempatan ada bersama anda untuk memperkenalkan kepada anda pekan ini melalui sejarah serta kecantikkannya yang tersendiri. Aktiviti bebas untuk makan tengah hari dan juga bersiar-siar di sekitar kawasan ini. Kami cadangkan supaya anda berehat secukupnya kerana makan malam telah ditempah di salah sebuah restoran terbaik di Split.

Hari 10 Split-Ston-Dubrovnik
Teruskan perjalanan ke Dubrovnik, dan singgah sebentar di Ston. Lawati lokasi pembuatan garam yang merupakan antara tertua di dunia atau berjalan di benteng pertahanan terpanjang di Eropah! Nikmati hidangan istimewa di salah sebuah restoran terbaik di Ston sebelum meneruskan perjalanan ke Dubrovnik. Penginapan di hotel. Makan malam dan bermalam.

Hari 11 Dubrovnik
Hari ini anda akan diperkenalkan dengan bandar Dubrovnik yang memukau ini! Pemandu pelancong tempatan akan menunjukkan kepada anda setiap jalan, menara, istana serta benteng. Bayangkan anda berada di Zaman Pertengahan di sini! Makan tengah hari di sini dan kemudiannya anda diberi masa bebas untuk menikmati kecantikkan bandar ini, berehat, atau membeli-belah di pelbagai jenis kedai di Dubrovnik.
Pada waktu malam, nikmati makan malam di salah sebuah restoran terbaik di Dubrovnik.

Hari 12 Dubrovnik
Percutian anda berakhir di sini. Berlepas ke lapangan terbang.

Selamat Tinggal!