BOSNIA DAN HERZEGOVINA

Bosnia dan Herzegovina merupakan sebuah negara yang sangat menarik! Meskipun kurang membangun dari segi ekonomi, Bosnia dan Herzegovina menawarkan pelbagai destinasi yang berbaloi untuk dilawati. Sesiapa jua yang bercuti ke sini pasti merasakan kelainan yang terdapat di sini. Sebagai ibu negara, Sarajevo terkenal dengan hospitaliti serta kepelbagaian budaya! Hampir keseluruhan negara ini mempunyai keindahan alam semulajadi yang tidak terusik dek pembangunan! Tasik, sungai, hutan dan ngarai, seperti yang mengalir melalui Sungai Neretva hingga ke bandar Mostar. Kecantikan ngarai ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata!Pekan-pekan kecil serta kawasan perkampungan boleh dilihat di sekitar kawasan yang burbukit-bukau ini. Lembu-lembu beserta gembalanya, aliran air yang cukup menenangkan boleh dilihat di sini...
Walaupun lebuhraya masih belum siap untuk digunakan, jalan-jalan lama dapat memberikan anda peluang yang terbaik untuk menikmati pemandangan yang mengasyikkan!

 
 
  • Mostar

    Mostar

  • Pocitelj

    Pocitelj

  • Sarajevo

    Sarajevo

  • Jajce

    Jajce