BRIJUNI
At Apabila anda melihat Brijuni dengan sekali imbas sahaja, anda akan memahami mengapa destinasi ini terkenal di kalangan pemimpin dunia, kerabat diraja, ahli politik,pelakon serta penyanyi. Sebanyak 14 pulau yang besar serta kecil, kaya dengan hutan hijau serta pokok-pokok cypress dan pine. Yang paling menarik sekali adalah pokok buah zaitun berusia 1600 tahun yang masih berbuah lagi (minyak zaitun didapati daripada buah ini). Selain daripada kecantikan semula jadinya, rantau ini juga kaya dengan sejarah serta tapak arkeologinya. Peninggalan orang Rom seperti vila, Castrum, kubu bukit yang dikenali sebagai Gradine serta banyak lagi peninggalan menarik menunjukkan bahawa rantau ini sangat berharga semenjak zaman dahulu lagi. Kini, Brijuni merupakan salah satu daripada lapan taman negara Croatia.