DALMATIA

Tahukah anda bahawa...Lokasi pembuatan garam di Ston merupakan antara yang tertua serta yang masih aktif di dunia?Organ Laut pertama di dunia yang menghasilkan muzik dengan bantuan air laut terletak di Dalmatia? Rantau ini mempunyai tembok pertahanan yang terpanjang di Eropah? Anjing baka Dalmatian berasal dan diberi nama berdasarkan rantau ini? Matahari terbenam di Zadar dikatakan yang tercantik di dunia?Sphinx dari Mesir yang berusia 3500 tahun terletak di sini?Begitu banyak yang boleh diterokai di Dalmatia! Bandar-bandarnya sarat dengan sejarah. Begitu banyak perkara yang menarik di sini. Terdapat banyak monumen yang dibina serta masih terpelihara sehingga kini. Segalanya ada di sini. Pulau-pulau boleh dilihat di pesisiran pantai (sepanjang 400km). Jalan batu bundar, di sekitarnya rumah-rumah batu berlatarbelakangkan bukit bukau yang indah, boleh dilihat di sini. Dalmatia mendapat sebanyak 2600 jam waktu siang manakala persisiran pantai Adriatic dikenali sebagai lokasi yang mempunyai paling banyak waktu siang. Makanan dari hasil laut terbaik di Dalmatia diperam atau diperisakan dengan rempah ratus Mediterranean. Muzik boleh didengar di setiap pelusuk bandar ini dan ianya melambangkan warisan budaya dan aspek yang penting dalam urusan seharian masyarakat setempat. Nyanyian tradisional Croatia yang dikenali sebagai Klape, menunjukkan sejarahnya yang tersendiri kepada para pendengar. Kebanyakan bandar di Croatia telah dibina dengan batu-bata dari Croatia sendiri, menjadikannya lebih unik. Laut Adriatik,merupakan lautan yang kedua terbersih di Eropah, mengandungi 1200 buah pulau di mana 940 daripadanya terletak di Dalmatia.Kebanyakan taman negara serta kawasan yang terpelihara di Croatia boleh didapati di Dalmatia. Aspek terpenting Dalmatia adalah ianya masih tidak terusik; masih mempunyai segala yang terbaik. Datanglah ke sini dan nikmatilah setiap saat berharga sepanjang anda berada di sini!Duduk dengan tenang, tarik nafas sedalam-dalamnya, dengarlah deruan ombak, hidu bauan laut sambil mendengar kicauan burung camar. Banyak yang boleh diterokai di sini, dan kami teruja untuk menunjukkan segalanya kepada anda!

 
 

Di Dalmatia kami menawarkan:

  • Zadar

    Zadar

  • Split

    Split

  • Dubrovnik

    Dubrovnik

  • Trogir

    Trogir

  • Sibenik

    Sibenik

  • Ston

    Ston

  • Hvar

    Hvar