Semestinya anda mengetahui bahawa Croatia merupakan destinasi percutian yang terbaik, mempunyai ribuan pulau serta kecantikan alam semula jadinya yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tidak dapat disangkal bahawa negara Mediterranean ini merupakan destinasi wajib percutian anda. Croatia mempunyai pelbagai persamaan dengan negara-negara sekitarnya. Jadi, apakah faktor yang membezakannya serta membuatnya begitu unik?Bagaimanakah caranya untuk menggambarkan segala kecantikan serta pengalaman istimewa serta unik yang bakal anda rasai sepanjang berada di sini?

Croatia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarahnya yang pelbagai, mungkin disebabkan oleh pengaruh daripada pelbagai negara yang membawa bersama tradisi serta budaya mereka. Sejarah Croatia memperlihatkan pelbagai peristiwa yang penting, orang kenamaan, serta seni bina yang masih dipelihara sehingga kini. Rakyat Croatia berbangga dengan peninggalan sejarah serta warisan yang dikenali dunia ini.

Bezanya Croatia daripada negara sekelilingnya mungkin dari segi alam semulajadi. Tidak dapat dinafikan bahawa kecantikan alam semulajadi Crotia tiada tandingannya. Laut yang jernih, berserta pulau-pulau yang cantik (lebih kurang sebanyak 1240 pulau), juga merupakan laut ke dua terbersih di Eropah.Selain daripada laut, sungai dan tasik, Croatia juga mempunyai banjaran gunung-ganang, bukit, hutan serta kawasan yang rata. Untuk sebuah negara yang kecil, Croatia mempunyai segalanya!

Meskipun kecil, Crotia mempunyai kepelbagaian budaya serta adat, tarian, lagu serta puisi. Bak kata pujangga, kekayaan seseorang itu dapat diukur melalui kekayaan budayanya. Berdasarkan kata-kata tersebut, Croatia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang mewah. Musik merupakan element yang penting di dalam tradisi serta budaya rakyat Croatia sepanjang zaman. Anda masih boleh mendengar music ini di kawasan Dalmatian, di mana terdapat kumpulan nyanyian yang dipanggil sebagai Klape.Nyanyian unik polifonik tanpa sebarang instrumen menggambarkan cara hidup nenek moyang kita yang susah namun mudah. Di sebuah lokasi di Croatia, terdapat Tambura. Ianya merupakan sebuah instrumen tradisi seperti mandolin tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil, seterusnya dapat mengeluarkan bunyi yang sangat unik. Berdasarkan music Tambura, terdapat sejenis tarian yang dipanggil sebagai Kolo, di mana para penari membuat persembahan di dalam bulatan sambil memakai pakaian tradisional. Di kawasan kehijauan saujana mata memandang, Zagorje, pasukan koir menyanyikan lagu-lagu tradisional sambil tarian Kolo dipersembahkan.

Selain daripada lagu-lagu serta tarian, terdapat pelbagai budaya yang lain seperti mengait, penternakan kuda, pembuatan keju dari rumah, mengutip zaitun dan penyediaan makanan yang bervariasi di keseluruhan Croatia.Boleh dikatakan, gastronomi di Croatia kaya dengan adat budaya dan dapat memberikan anda pengalaman yang menarik untuk dibawa pulang. Terdapak banyak aspek untuk diterokai dan dirasai di sini! Inilah masanya untuk meneroka serta menikmati segalanya yang Croatia dapat persembahkan. Kami akan memastikan bahawa anda akan memperoleh lebih daripada apa yang anda jangkakan. Datanglah ke sini dan dengan pengetahuan serta bantuan dari kami, anda dapat merasai segala yang dicatatkan di sini. Segalanya melambangkan Croatia!



  • Zagreb dan Utara Croatia

    ZAGREB DAN UTARA CROATIA

  • DALMATIA

    DALMATIA

  • Istria

    ISTRIA

  • BOSNIA DAN HERZEGOVINA

    BOSNIA DAN HERZEGOVINA

  • Slovenia

    SLOVENIA

  • Itali

    ITALI