Dubrovnik

Lord Byron pernah menggambarkan Dubrovnik sebagai "Permata Adriatik", George Bernard Shaw pula menggelarkannya sebagai "syurga dunia". Sememangnya bandar lama ini menyembunyikan sesuatu yang istimewa. Empayar Greek menetap di sini ketika awal abad ke tujuh dan para pemerintah berubah selari dengan perubahan zaman. Walau bagaimanapun, pihak Venetian memberikan pengaruh yang terbesar buat rantau Croatia. Apabila anda berpeluang untuk memasuki bandar yang mempunyai benteng-benteng gah berdiri ini melalui salah satu pintu (terdapat tiga pintu masuk utama), anda akan merasa teruja melihat contoh bandar dikelilingi benteng pada zaman pertengahan yang dikelilingi oleh menara (sesetengahnya dibina pada abad ke 15), gereja,biara, istana serta rumah yang besar. Pusat pemerintahan yang dikenali sebagai Istana Rector serta kediaman mereka, telah dikenali buat pertama kalinya pada abad ke 13. Selain itu, terdapat juga Istana Sponza, bekas lokasi pembuatan duit syiling, bank, pusat perbendaharaan negara, sekolah serta pejabat kastam. bandar ini merupakan pusat perdagangan yang penting. Pada zaman pertengahan, tentera laut Ragusa (nama Latin untuk bandar ini) merupakan antara yang terhandal di Mediterranean.Berjalan-jalanlah di sekitar Stradun, jalan terbesar serta paling terkenal,dan lawatilah Pancuran Air Onofrio yang kecil tetapi masih gah. Lawati Tiang Orlando, lokasi di mana notis untuk orang awam di baca serta hukuman mati dilaksanakan. Lawatilah Menara Loceng (Bell Tower) serta banyak lagi tarikan yang lain di sini. Pemandangan daripada benteng bandar ini sangat menakjubkan! Anda akan melihat dari perspektif yang berbeza, dari ketinggian 22 meter dan sepanjang hampir 2 kilometer!Tidak hairanlah apabila Dubrovnik telah disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO semenjak tahun 1979.

Di Dalmatia kami menawarkan:

  • Zadar

    Zadar

  • Split

    Split

  • Dubrovnik

    Dubrovnik

  • Trogir

    Trogir

  • Sibenik

    Sibenik

  • Ston

    Ston

  • Hvar

    Hvar