KOMPLEKS EPISCOPAL BASILICA EUPHRASIAN DI PUSAT SEJARAH POREC
Kompleks gereja di Porec diberi nama Euphrasiana sempena Bishop Euphrasius yang membaikpulih gereja tersebut dan kemudiannya mendekorasikannya dengan mosaics (abad ke 6).Kompleks ini terdiri daripada Basilica Euphrasian , tempat pembaptisan, istana Episcopal, menara loceng, atrium serta gereja peringatan. Kesemua bangunan bersejarah ini menunjukkan betapa kuatnya peranan agama pada masa lalu. Gereja ini menggabungkan elemen klasik serta Byzantine. Hiasan fugurative mosaic boleh dilihat di bahagian langit-langit kubah (apse) antara contoh terbaik untuk hisan ini di Eropah. Banyak tinggalan arkeologi boleh dilihat di kompleks ini, terutamanya mosaic dari abad ke 3 yang memenuhi hiasan dalaman gereja ini. Kompleks ini dikatakan mempunyai contoh kesenian Byzantine yang tercantik. Selain daripada itu, banyak lagi monumen keagamaan dan objek kesenian dari era Christian, Byzantine serta zaman pertengahan boleh dijumpai di pekarangan kompleks ini. Semenjak tahun 1997, Euphrasiana telah tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO.