FAQs

Apa itu NOOR DMC
Noor DMC merupakan syarikat DMC atau agensi pelancongan dari Croatia yang menawarkan pelbagai servis perkhidmatan bagi memberikan anda pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan di Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Slovenia, Montenegro, Itali serta Austria. Noor DMC menyediakan penginapan yang terbaik, yang telah diselia dan mengikut keutamaan para pelanggan kami. Untuk makluman anda, usaha kami untuk memberikan servis yang berkualiti telah membuahkan hasil apabila kami memperoleh pengiktirafan "Centre for Halal Quality Certification" yang memastikan bahawa percutian anda di sini halal berlandaskan syariah.

Mengapa anda harus memilih Noor DMC?
Kerana Noor DMC mempunyai sijil Halal!
Noor DMC telah berusaha keras untuk memperoleh sijil ini dan merupakan antara beberapa buah agensi sahaja di Croatia yang mempunyainya.
Berdasarkan sijil halal ini, Noor DMC bertanggungjawab untuk menyediakan jadual perjalanan berdasarkan standard halal yang ditetapkan.
Percutian Islamik merupakan konsep baru di Croatia, oleh itu, setiap pakej percutian yang ditawarkan telah disediakan mengikut keperluan para muslimin serta muslimat sekalian agar anda dapat menikmati percutian anda tanpa sebarang keraguan.

Adakah Croatia sesuai untuk pelancong Muslim?
Seperti dinyatakan sebelum ini, 'Pelancongan Islamik' merupakan konsep baru di Croatia. Pada tahun 2010, Komuniti Islamik di Croatia telah memperkenalkan " Centre for Halal Quality Certification" dan semenjak itu, sebanyak 12 buah hotel telah memperoleh pengiktirafan berdasarkan standard halal yang ditetapkan. Kini, Croatia merupakan pemangkin di rantau ini yang menawarkan makanan halal. "Centre for Halal Quality Certification" masih lagi diteruskan dan dijangkakan, sektor pelancongan halal di Croatia akan terus berkembang.
Selain daripada itu, Croatia mempunyai sebanyak 25 buah masjid, yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan nanti.

Bagaimanakah standard halal akan dilakasanakan di persekitaran tidak halal?
Kami akan sentiasa memilih hotel serta restoran yang mempunyai sijil halal, bergantung kepada jadual perjalanan.
Walau bagaimanapun, tidak banyak hotel di Croatia yang mempunyai sijil halal. Apabila hotel tidak halal terpaksa dipilih sebagai lokasi penginapan, kami akan memastikan bahawa hotel tersebut merupakan yang paling fleksibel. Kesemua hotel yang tersenarai dalam pakej pelancongan kami merupakan hotel terbaik yang dapat memenuhi keperluan pelancong Muslim dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anda memperoleh penginapan anda selesa.
Apabila berada di restoran tidak halal, kami akan memastikan bahawa makanan anda disediakan oleh restoran atau katerer yang mempunyai sijil halal. Sekiranya program perjalanan anda melibatkan destinasi yang tidak mempunyai pilihan makanan halal, kami akan memberitahu anda terlebih dahulu dan memilih restoran terbaik yang dapat menyediakan makanan mengikut hukum Islam, tanpa menggunakan sebarang ramuan yang haram untuk dimakan.

Setiap program halal kami telah mendapat pengiktirafan daripada "The Centre for Halal Quality Certification". Sebarang program yang mempunyai unsur tidak halal tidak akan mendapat kelulusan ini.

Bagaimanakah Noor DMC memastikan percutian anda mewah?
Setiap pakej yang ditawarkan telah disediakan dengan teliti.Kami di Noor DMC , berusaha keras untuk memberikan anda pengalaman percutian yang sempurna serta berkualiti tinggi mengikut standard halal agama Islam. Kami menghormati budaya Muslim. Oleh kerana itu, apabila anda bercuti bersama kami, anda tidak perlu runsing dan boleh menikmati percutian anda dengan memperoleh penginapan mewah, gastronomi yang lazat, menaiki pengangkutan terbaik serta memperoleh pengetahuan mengenai kawasan dilawati daripada para pemandu pelancong anda.

Pasport dan keperluan Visa
Pelancong dari UAE - pasport serta visa diperlukan
Pelancong dari Qatar - pasport serta visa diperlukan
Pelancong dari Oman - pasport serta visa diperlukan
Pelancong dari KSA - pasport serta visa diperlukan
Pelancong dari Kuwait - pasport serta visa diperlukan
Pelancong dari Turkey - pasport serta visa diperlukan
Pelancong dari Malaysia – Pasport diperlukan ( pasport sah sekurang-kurangnya sehingga 3 bulan daripada tarikh tiba di Croatia dan pasport telah dikeluarkan dalam tempoh masa 10 tahun) visa tidak diperlukan.

Para pelancong haruslah memohon visa sendiri di kedutaan tersebut:


Qatar- Kedutaan Republik Croatia di Doha, Qatar


Doha
Wadi Al Humra 807 St.
Saha 96, building no. 3
Al Dafna Area
Doha, Qatar
P.O. Box 23150

Tel: + 974 44 835 188, + 974 44 835 224
Fax: + 974 44 835 175
Egypt- Kedutaan Republik Croatia di Cairo, Mesir


Cairo
3, Abou El Feda St.
Zamalek, Cairo
EGYPT

Tel: 00202 273 83 155, 273 55 815
Fax: 00202 2735 5812
TURKI- Kedutaan Republik Croatia di
Ankara, Turki

Ankara
Aziziye Mah.
Kırkpınar Sokak 18/5
06690 Çankaya - Ankara


Tel: +90 312 446 0831, 446 9460
Fax: +90 312 446 4700

Ofis Konsular:

Istanbul
Asmali Mescit Mah.
Oteller Sok. No:1/2
34420 Tepebasi/Beyoglu
Istanbul/TURKI

Tel: 0090 212 293 5467, 293 5468
Fax: 0090 212 293 5476

Izmir
Sair Esref Blv. No:6/7
Samli Is Merkezi
Cankaya
35 230 Izmir
TURKI

Tel: + 90 232 446 2870
Fax: +90 232 445 7720

Antalya
Fine Otel Turizm Isl.A.S/Rixos hotels
Caglayan Mah, Barinkaklar Bulvari No: 65 Antalya
TURKI

Tel: 0090 242 310 5252
Fax: 0090 242 323 4428
MALAYSIA- Kedutaan Republik Croatia di Peking, China

Peking
San Li Tun Diplomatic
Office Building 2-7-2
100600 Beijing
P.R. of CHINA


Tel: 0086 10 6532 6241
Fax: 0086 10 6532 6257
Sebarang pertanyaan mengenai visa, sila hubungi kami.


Bilakah waktu terbaik untuk melawat Croatia?
Croatia merupakan destinasi menarik sepanjang tahun. Sama ada anda menyukai laut serta matahari atau salji serta kawasan pergunungan-Croatia mempunyai segalanya. Musim panas bermula pada bulan Jun dan berakhir pada bulan September. Musim sejuk bermula pada bulan Disember sehingga Mac. Musim bunga, apabila segalanya mekar berbunga, serta musim luruh, apabila segalanya bertukar berwarna kuning keemasan , turut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Bolehkah kami membuat jadual perjalanan kami sendiri dengan menggabungkan destinasi -destinasi yang ingin kami lawati?
Ya, sudah semestinya! Kami di sini berazam untuk menjadikan percutian anda semenarik yang mungkin. Kami akan memberi yang terbaik untuk merancang percutian anda berdasarkan lokasi yang ingin dituju dengan memberi anda cadangan serta tips berdasarkan pengetahuan kami.

Adakah tarikh perjalanan telah ditetapkan atau kami boleh memilihnya mengikut kesesuaian kami?
Anda boleh memilih tarikh perjalanan anda dan kemudiannya memberitahu pihak kami. Percutian anda akan diselaraskan mengikut tarikh perjalanan anda.

Jumlah peserta dalam satu kumpulan?
Seberapa ramai yang anda mahukan. Tidak kira sama ada anda ingin melancong bersama pasangan anda, bersama keluarga, melancong berseorangan atau bersama sekumpulan rakan.

Perbezaan masa?
Croatia- Zon Waktu Eropah Tengah (UTC +01:00)
Qatar – Zon Waktu Arabia (UTC+03:00)
UAE- Zon Waktu Gulf (UTC+04:00)
Oman - Zon Waktu Gulf (UTC+04:00)
KSA- Zon Waktu Arabia (UTC+03:00)
Kuwait - Zon Waktu Arabia (UTC+03:00)
Turkey – Zon Waktu Eropah Timur (UTC+02:00)
Malaysia – Zon Waktu Malaysia (UTC+08:00)

Bahasa yang digunakan di Croatia?
Bahasa Croatia merupakan bahasa rasmi, namun begitu, bahasa English, Jerman serta Itali turut digunakan secara meluas.

Tarikh cuti di Croatia?
Tahun Baru : 1 Januari
Epiphany : 6 Januari
"Easter Monday": 21 April
Hari Pekerja Sedunia : 1 May
Corpus Christi : 19 Jun
Hari Perjuangan Anti – Fasis : 22 Jun
Hari Kenegaraan -25 Jun
Hari Kesyukuran Kemenangan dan Tanah air : 5 Ogos
"Assumption of Mary": 15 Ogos
Hari Kemerdekaan : 8 Oktober
Hari "All Saints" : 1 November
Krismas : 25 Disember
Hari "St. Stephen" : 26 Disember