KOMPLEKS BERSEJARAH SPLIT BESERTA ISTANA DIOCLETIAN
Diocletian merupakan maharaja Rom yang dilahirkan di Dalmatia pada abad ke3. Selepas menempa kejayaan dalam bidang ketenteraan, beliau bersara daripada memegang peranan sebagai maharaja, dan kemudiannya mengabdikan diri kepada tamannya di Solin, kampung halamannya yang terletak berdekatan dengan Split. Sepanjang hayatnya, Diocletian telah membina pelbagai bangunan seperti tempat mandi di Rom,gerbang, aqueducts, monumen, ampitheater dan pelbagai jenis teater. Beliau juga terlibat dengan pembinaan pelbagai jalan... Walau bagaimanapun, contoh terbaik seni bina antik yang dibina oleh Diocletian adalah Istana di Split. Ianya dibina di antara abad ke 3 dan 4 dengan menggunakan bahan-bahan yang dijumpai berdekatan. Secara umumnya, istana ini masih terpelihara namun begitu, terdapat bahagian tertentu yang hanya tinggal sedikit sahaja peninggalan. Istana ini merupakan antara contoh terbaik hasil seni bina Byzantine dan juga zaman pertengahan. Istana ini mempunyai empat pintu pagar ; gangsa (Porta Aenea), perak (Porta Argentea), besi (Porta Ferrea) dan pintu pagar utama, Pagar Emas (Porta Aurea). Benteng-benteng mengelilingi istana-istana serta vila. Istana Papalic (abad ke-15) dan Istana Cindro (abad ke-17) merupakan antara contoh penting seni bina Gothic dan juga Barok. Bangunan yang paling menonjol di perkarangan istana ini adalah Gereja St. Duje yang dibina pada zaman pertengahan. Gereja ini dahulunya merupakan makam diraja. Selain itu, terdapat juga Peristyle, kawasan lapang di hadapan kediaman maharaja, yang digunakan untuk pelbagai acara penting istana. Kini, lokasi ini digunakan untuk pelbagai acara kebudayaan. Berhadapan gereja tersebut, berdirinya Kuil Jupiter (Temple of Jupiter) yang diubah menjadi lokasi pembaptisan pada awal zaman pertengahan. "People's Square", terletak berdekatan dengan Peristyle, dipenuhi oleh istana-istana dan juga vila-vila. Benteng-benteng telah dibina di sekeliling istana, kuil, jalan,kubu zaman pertengahan, gereja Romanesque dari abad ke-12 dan 13, dataran dan pelbagai lagi tarikan. Apabila bandar ini mula dibangunkan, bangunan-bangunan telah mula dibina di luar benteng. Untuk pengetahuan anda, kawasan istana ini pernah dihuni oleh 9000 orang dan kini ianya dihuni oleh 3000 orang. Lukiran Istana Diocletian juga boleh didapati di atas wang kertas 500 Kuna.