HVAR
Pulau Hvar terletak di tengah kepulauan Dalmatia di Croatia. Pulau ini dikatakan sebagai lokasi yang mendapat paling banyak waktu siang di Eropah. Pulau ini mendapat sebanyak 2800 waktu siang setahun dan merupakan permata Croatia yang bernilai. Di bahagian pekan lamanya (Old Town), ianya tersenarai dalam senarai Tapak Warisan UNESCO. Dipercayai bahawa pekan lama (Old Town) ini merupakan antara bandar tertua di Eropah. Landskap pulau ini tidak berubah semenjak kali pertama pulau ini didiami manusia.Pihak Greek datang ke sini pada abad ke 4 SM dari kepulauan Pharos dan memberikan nama yang sama seperti pulau mereka. Orang-orang Greek tinggal di sini sehingga abad ke 3 sebelum masihi apabila pulau ini mula dihuni oleh orang-orang Rom. Kegiatan pertanian yang dijalankan oleh orang Greek purba berasaskan penanaman buah anggur serta zaitun, sama seperti pada masa kini. Tanah yang subur ini telah disusun oleh orang –orang Greek berdasarkan plot-plot geometri yang dipisahkan setiap satunya dengan dinding batu. Selain daripada itu, mereka menggunakan tangki untuk mengumpul air hujan bagi tujuan pengairan. Seperti bandar-bandar lain yang berdekatan, bandar ini juga mempunyai banyak tinggalan sejarah yang masih dipelihara dan tidak terusik semenjak 24 abad yang lalu. Antara peninggalan yang boleh dilihat adalah istana-istana zaman Renaissance dan Baroque, teater yang dibina pada abad ke 16, serta Vila Tvrdalj, rumah besar yang menggabungkan ciri-ciri istana serta rumah peranginan...