Istria

Apakah faktor yang menjadikan lokasi ini cukup menarik untuk dilawati sepanjang tahun?Sudah semestinya kerana Istria dikenali sebagai Tuscani di Croatia. Perbezaan antara Tuscani di Itali dengan Istria adalah, bandar ini masih belum diterokai. Kepelbagaian budaya di rantau ini, hasil gabungan yang baru dengan yang lama, menjadikan bandar ini lebih menarik lagi. Kombinasi antik dengan yang moden, budaya baru digabungkan dengan tradisi nenek moyang, membentuk Istria seperti yang dilihat kini.
Apa yang boleh dilihat di Istria? Berdasarkan sejarah, Istria merupakan lokasi tumpuan kuasa besar seperti Rom dan Venetia. Apabila anda berjalan di sekitar Istria, perhatikan sekeliling anda! Anda akan melihat peninggalan serta pengaruh daripada bekas pemerintah di sini. Mari kita mulakan dengan beberapa contoh tempat yang menarik di sini! Pintu gerbang Medieval (boleh dilihat di mana-mana), jalan batu bundar, istana, vila kapten, kem Rom, ampiteater Rom yang masih terpelihara di Pula,kubu-kubu, benteng bandar, muzium serta galeri...Banyak lagi yang masih belum diterokai dan dijumpai di tapak-tapak arkeologi di sini. Ada di antaranya terletak di pusat bandar, ada yang terletak di persisiran pantai,malahan ada juga yang terletak di kawasan alam semulajadi seperti di taman serta hutan. Landskap di Istria adalah hijau;apabila anda memandu di sekitar Istria, anda akan melihat banyak kebun zaitun, ladang anggur serta hutan-hutan yang saujana mata memandang. Landskap hijau, air laut yang jernih, cuaca yang nyaman adalah disebabkan oleh penerimaan cahaya matahari sebanyak 2400 jam setahun. Selain itu, ianya juga merangsang penumbuhan kulat truffle. 'White Truffle' yang merupakan sejenis kulat termahal di dunia boleh didapati di Istria dan white truffle pemegang Rekod Dunia Guiness telah dijumpai di Buje dengan berat sebanyak 1310kg. Bukan sahaja kulat, bahkan banyak resepi lazat yang menggunakan ikan, makanan laut, pasta, keju, sup dan juga manisan boleh didapati di sini. Tidak hairanlah apabila Istria mendapat julukan kawasan gourmet terbaik di Croatia.

 

 

 
 
  • Rovinj

    Rovinj

  • Porec

    Porec

  • Motovun

    Motovun

  • Pula

    Pula

  • Opatija

    Opatija

  • TN Brijuni

    TN Brijuni