KORNATI

Kornati merupakan kawasan kepulauan yang paling padat di Adriatic; 89 pulau, pulau-pulau kecil serta batuan di sepanjang 35km dengan kelebaran 13km. Pulau-pulau di kawasan ini tidak didiami, oleh itu kecantikkan alam semula jadi di sini masih tidak terusik dan terpelihara. Kawasan perairannya pula kaya dengan pelbagai jenis ketam, ikan, alga, siput dan batu karang. Variasi flora dan fauna di sini ,menambah keistimewaan pulau ini. Ramai penyelam mengatakan bahawa kawasan perairan di Kornati antara yang tercantik di Adriatic.