KRKA

Amat menakjubkan apabila melihat begitu banyak air mengalir di kawasan ini! Bayangkan sungai yang mengalir melalui pekan Knin dan selepas 73km, ianya mengalir terus ke laut Adriatic. Bayangkan tujuh air terjun yang mengubah sungai Krka menjadi fenomena alam semula jadi yang mengagumkan. Sebanyak 860 spesis tumbuh-tumbuhan boleh dijumpai di sepanjang sungai ini. Selain daripada itu, taman ini juga didiamai oleh pelbagai jenis haiwan, termasukla spesis terancam (mengikut skala Eropah) seperti serigala, memerang, kucing hutan dan kelawar horseshoe
Taman ini kaya dengan warisan sejarahnya. Di kawasan ini, terdapat sebanyak 20 tapak arkeologi. Tinggalan sejarah yang paling penting sudah semestinya kem tentera Rom dikenali sebagai Burnum dari abad pertama dan juga ampiteater Rom.
Di sepanjang Sungai Krka, terdapat beberapa kubu medieval, dan juga kincir air yang menunjukkan bagaimana air digunakan sebagai punca tenaga. Tinggalan loji kuasa hidro di sini dapat menunjukkan bagaimana penggunaan loji ini pada masa dahulu. Loji kuasa hidro ini telah dibina pada tahun 1895, iaitu tiga hari selepas loji kuasa hidro pertama di dunia dibina di Air Terjun Niagra. Loji ini merupakan loji kuasa hidro kedua tertua di dunia dan yang tertua di Eropah.
Landskap yang cantik, ditambah pula dengan Tasik Visovac dan juga Pulau Visosac, beserta dengan gereja dan biara dari abad ke-15, tidak hairanlah apabila pengunjung di sini tidak dapat menggambarkan kecantikkannya dengan kata-kata.