MLJET

Taman Negara Mljet terletak di sebuah pulau, dengan keluasan 5375 hektar. Hampir keseluruhan pulau ini adalah hutan hijau, dikatakan yang tercantik dan paling terpelihara di Mediterranean. Selain itu, pelbagai tumbuhan endemik boleh dijumpai di pulau ini. Pulau ini kaya dengan mamalia kecil seperti arnab, kelawar, landak dan tikus dormouse...Rusa telah dibawa masuk ke pulau ini setelah tamatnya Perang Dunia kedua. Spesis lain yang boleh dijumpai adalah pelbagai jenis burung, biawak, ular, dan haiwan invertebrata di dalam gua. Lokasi yang paling menarik adalah sebuah tasik kecil dipenuhi dengan air laut dan pelbagai jenis siput boleh ditemui di situ. Di tengah-tengah sebuah tasik, terdapat sebuah pulau kecil beserta biara di atasnya.