TAMAN NEGARA

TAMAN NEGARA TASIK PLITVICE

Tasik Plitvice merupakan taman negara yang terbesar, tertua (semenjak 1949) serta paling kerap dilawati di Croatia. Taman ini telah tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO semenjak tahun 1979 dan merupakan antara yang terawal tersenarai di dunia. Mengikut legenda, tasik-tasik ini telah terbentuk setelah kemarau yang panjang.

BRIJUNI

Apabila anda melihat Brijuni dengan sekali imbas sahaja, anda akan memahami mengapa destinasi ini terkenal di kalangan pemimpin dunia, kerabat diraja, ahli politik,pelakon serta penyanyi. Sebanyak 14 pulau yang besar serta kecil, kaya dengan hutan hijau serta pokok-pokok cypress dan pine. Yang paling menarik sekali adalah pokok buah zaitun berusia 1600 tahun yang masih berbuah lagi (minyak zaitun didapati daripada buah ini).

KRKA

Amat menakjubkan apabila melihat begitu banyak air mengalir di kawasan ini! Bayangkan sungai yang mengalir melalui pekan Knin dan selepas 73km, ianya mengalir terus ke laut Adriatic. Bayangkan tujuh air terjun yang mengubah sungai Krka menjadi fenomena alam semula jadi yang mengagumkan. Sebanyak 860 spesis tumbuh-tumbuhan boleh dijumpai di sepanjang sungai ini.

KORNATI

Kornati merupakan kawasan kepulauan yang paling padat di Adriatic; 89 pulau, pulau-pulau kecil serta batuan di sepanjang 35km dengan kelebaran 13km. Pulau-pulau di kawasan ini tidak didiami, oleh itu kecantikkan alam semula jadi di sini masih tidak terusik dan terpelihara.

MLJET

Taman Negara Mljet terletak di sebuah pulau, dengan keluasan 5375 hektar. Hampir keseluruhan pulau ini adalah hutan hijau, dikatakan yang tercantik dan paling terpelihara di Mediterranean. Selain itu, pelbagai tumbuhan endemik boleh dijumpai di pulau ini. Pulau ini kaya dengan mamalia kecil seperti arnab, kelawar, landak dan tikus dormouse...

SJEVERNI VELEBIT

Banjaran Gunung Velebit adalah yang terpanjang di antara empat gunung tertinggi di Croatia. Pada tahun 1978, gunung ini telah tergolong dalam rangkaian rizab biosfera dunia dan tiga tahun kemudiannya digelar sebagai Taman Alam Semula Jadi Velebit. Di sepanjang banjaran gunung ini, terdapat dua buah taman negara; Taman Negara Utara Velebit dan Taman Negara Paklenica.

PAKLENICA

Kawasan taman ini mempunyai variasi bentuk geomorfologinya.Terdapat ngarai setinggi lebih 700 meter dikenali sebagai Mala dan Velika Paklenica yang sungguh cantik. Di antara ngarai tersebut, terdapat lembah-lembah, hutan rimba, juga bukit-bukau. Di dalam taman ini, terdapat kira-kira 1000 spesis dan subspesis tumbuhan.

RISNJAK

Taman ini telah disiytiharkan sebagai Taman Negara Croatia pada tahun 1953, disebabkan oleh kecantikkan semula jadi di sini. Di kawasan seluas 3014 hektar, pelbagai jenis hidupan liar boleh ditemui. Landskap semula jadi di sini sungguh indah. Hutan hijau dan padang rumput merupakan habitat semula jadi bagi pelbagai jenis mamalia, burung, reptilia, ikan dan rama-rama..