PAKLENICA

Kawasan taman ini mempunyai variasi bentuk geomorfologinya.Terdapat ngarai setinggi lebih 700 meter dikenali sebagai Mala dan Velika Paklenica yang sungguh cantik. Di antara ngarai tersebut, terdapat lembah-lembah, hutan rimba, juga bukit-bukau. Di dalam taman ini, terdapat kira-kira 1000 spesis dan subspesis tumbuhan.Sebanyak 79 spesis adalah endemik dan taman ini adalah habitat semula jadi pelbagai jenis fauna seperti rusa, rusa roe, serigala, kelawar, rama-rama, burung belatuk,dan banyak lagi spesis yang lain. Taman ini sebenarnya dimanakan sepena sap dari pokok pain yang digunakan untuk menyembuhkan luka, dan juga sebagai salutan perak bagi kapal-kapal kayu.