TAMAN NEGARA TASIK PLITVICE
Tasik Plitvice merupakan taman negara yang terbesar, tertua (semenjak 1949) serta paling kerap dilawati di Croatia. Taman ini telah tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO semenjak tahun 1979 dan merupakan antara yang terawal tersenarai di dunia. Mengikut legenda, tasik-tasik ini telah terbentuk setelah kemarau yang panjang. Orang ramai telah berdoa untuk medapatkan air. Setelah sekian lama, "Black Queen" yang melalui kawasan ini merasa kasihan terhadap mereka. Oleh itu, beliau telah menurunkan hujan sehinggakan tasik-tasik ini terbentuk. Dipercayai bahawa taman ini telah dinamakan sempena sebatang sungai kecil bernama Plitvice yang mengalir ke dalam tasik. Nama kedua taman ini pula diambil sempena tasik-tasik di sini (terdapat 16 tasik). 12 buah tasik telah terpisah dan membentuk 4 tasik yang lain. Salah satu air terjun tercantik di Plitvice dinamakan sebagai Air Terjun Milka Trina sempena nama primadona opera Croatia. Taman ini terletak di kawasan gunung-ganang Croatia. Gunung-ganang ini mempengaruhi iklim serta kepelbagaian flora dan fauna di sini. Hampir ¾ daripada kawasan taman ini merupakan hutan hijau. Hutan ini kaya dengan pokok beech , cemara , willow , pokok paya , hornbeam , pain Scotland , dan pokok-pokok spruce. Setakat ini, sebanyak 114 buah gua serta 1300 spesis tumbuhan telah didaftarkan di dalam kawasan taman ini. Maskot rasmi taman ini adalah seekor beruang, meskipun taman ini mempunyai pelbagai jenis haiwan yang lain seperti; serigala, rusa, rusa roe, kucing hutan, lynx, memerang, marten, babi hutan, ketam sungai serta rama-rama. Kini, Tasik Plitvice tersenarai sebagai destinasi wajib untuk dilawati. Mengikut 'Lonely Planat', destinasi ini merupakan antara 10 landskap yang sungguh mengagumkan.