SJEVERNI VELEBIT

Banjaran Gunung Velebit adalah yang terpanjang di antara empat gunung tertinggi di Croatia. Pada tahun 1978, gunung ini telah tergolong dalam rangkaian rizab biosfera dunia dan tiga tahun kemudiannya digelar sebagai Taman Alam Semula Jadi Velebit. Di sepanjang banjaran gunung ini, terdapat dua buah taman negara; Taman Negara Utara Velebit dan Taman Negara Paklenica. Pelbagai jenis tumbuh-tumbahan juga haiwan menjadikan Velebit sebagai habitat mereka. Bukan itu sahaja, bahkan cendawan merupakan populasi terbesar di sini. Sebanyak 382 spesis cendawan boleh ditemui di sekitar kawasan ini yang cantik dan hijau saujana mata memandang.