TAPAK WARISAN UNESCO

TAMAN NEGARA TASIK PLITVICE

Tasik Plitvice merupakan taman negara yang terbesar, tertua (semenjak 1949) serta paling kerap dilawati di Croatia. Taman ini telah tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO semenjak tahun 1979 dan merupakan antara yang terawal tersenarai di dunia. Mengikut legenda, tasik-tasik ini telah terbentuk setelah kemarau yang panjang.

KOMPLEKS EPISCOPAL BASILICA EUPHRASIAN DI PUSAT SEJARAH POREC

Kompleks gereja di Porec diberi nama Euphrasiana sempena Bishop Euphrasius yang membaikpulih gereja tersebut dan kemudiannya mendekorasikannya dengan mosaics (abad ke 6).Kompleks ini terdiri daripada Basilica Euphrasian , tempat pembaptisan, istana Episcopal, menara loceng...

DUBROVNIK

Lord Byron pernah menggambarkan Dubrovnik sebagai "Permata Adriatik", George Bernard Shaw pula menggelarkannya sebagai "syurga dunia". Sememangnya bandar lama ini menyembunyikan sesuatu yang istimewa. Empayar Greek menetap di sini ketika awal abad ke tujuh dan para pemerintah berubah selari dengan perubahan zaman.

KOMPLEKS BERSEJARAH SPLIT BESERTA ISTANA DIOCLETIAN

Diocletian merupakan maharaja Rom yang dilahirkan di Dalmatia pada abad ke3. Selepas menempa kejayaan dalam bidang ketenteraan, beliau bersara daripada memegang peranan sebagai maharaja, dan kemudiannya mengabdikan diri kepada tamannya di Solin, kampung halamannya yang terletak berdekatan dengan Split.

HVAR

Pulau Hvar terletak di tengah kepulauan Dalmatia di Croatia. Pulau ini dikatakan sebagai lokasi yang mendapat paling banyak waktu siang di Eropah. Pulau ini mendapat sebanyak 2800 waktu siang setahun dan merupakan permata Croatia yang bernilai. Di bahagian pekan lamanya (Old Town), ianya tersenarai dalam senarai Tapak Warisan UNESCO.

GEREJA ST. JAMES DI SIBENIK

Gereja ini telah dibina di antara abad ke 15 dan 16 oleh dua arkitek dari itali serta seorang arkitek dari dalmatia yang membinanya pada waktu yang berbeza. Francesco di Giacomo dari utara Itali, Georgius Mathei Dalmaticus dari Zadar serta Niccolo di Giovanni Fiorentino dari Florence telah menggabungkan kepakaran serta pengaruh mereka...

TROGIR

Trogir tersenarai sebagai salah satu Tapak warisan Dunia UNESCO dan pengiktirafan ini sememangnya layak diberikan kepada bandar ini! Sebaik sahaja anda menyeberangi jambatan kecil, anda akan tiba ke bandar ini yang mendapat julukan sebagai "Bandar Muzium". Sejarah bandar ini telah dipelihara melalui kecantikan seni bina, kelazatan gastronomi serta para penduduknya yang penuh budaya.