Zagreb dan Utara Croatia

Hanya beberapa perkataan diperlukan untuk menggambarkan rantau Croatia:

Sejarah- Melalui sejarah, kita mempelajari bahawa rantau ini mempunyai kedudukan yang strategik. Ianya terletak di persimpangan pelbagai jalan yang digunakan para pedagang. Ramai artis menziarahi lokasi ini, dan seterusnya mempengaruhi pembangunan dan seni bina Croatia pada masa kini. Jarak yang dekat antara ibu negara Croatia dan daerah Zagorje di Utara Croatia yang terkenal dengan julukan "kawasan yang paling hijau di Croatia", menjadikan kedua-dua lokasi ini berkongsi pertarungan, pemerintah serta perkembangan yang sama...

Seni Bina- Berdasarkan sejarah, Zagreb sering digelar sebagai "Paris Kecil" dan Varazdin pula terkenal sebagai "Vienna Kecil". Meskipun bandar-bandar ini didiami sebelum Zaman Pertengahan lagi, seni binanya mirip dari zaman ini. Rantau ini mempunyai pelbagai seni bina serta monumen Zaman Pertengahan. Contoh-contoh seni bina Gothic , Renaissance , Baroque , Rococo dan Klasik boleh ditemui dimana-mana sahaja. Salah satu contoh terbaik Art Nouveau dibina di Zagred pada awal abad ke 20.
Terokai kawasan ini, dan lawatilah kubu-kubu, pelbagai istana, menara-menara dan juga rumah-rumah yang mempunyai laman belakang yang cantik!

Ramah- Penduduk tempatan di sini terkenal dengan keramahannya serta tidak lokek untuk memberikan senyuman yang manis serta ikhlas. Wanita berusia di pasar-pasar, penghibur jalanan, ahli muzik dan penari, pameran-pameran, gerai makanan yang menjual buah berangan juga jagung, ais krim... Berjalanlah ke kawasan lama bandar ini,dan rasailah kelainannya. Orang ramai masih lagi berbual berjam lamanya sambil menghirup kopi! Penduduk tempatan di sini ramah dan mesra terhadap para pelancong yang semakin bertambah bilangannya.

Gastronomi- Rantau ini berbangga dengan kepelbagaian masakannya! Gastronomi boleh diklasifikasikan sebagai masakan yang ringkas namun begitu lazat. Roti dibuat sendiri daripada jagung atau barli, pasta, produk tenusu, pelbagai jenis sayur-sayuran, sup serta salad...Namun begitu, rakyat Croatia paling menggemari pencuci mulut mereka. Rasai keenakkan lempeng , strudel , strudel dengan keju atau epal , kek labu , kek , ais krim dan strukli yang sememangnya lazat...

Budaya- Croatia terletak berdekatan dengan negara-negara Eropah yang lain dan tidak ketinggalan dari segi acara kebudayaan. Terdapat pelbagai persembahan teater, konsert dan juga acara muzikal, muzium dan pameran galeri serta kuliah boleh dilihat di mana-mana sahaja.

Landskap- Rantau ini dikenali sebagai "Kawasan hijau Croatia". Utara Croatia terletak di sempadan Austria, Hungary dan Slovenia, di lembangan sungai Sava, Drava dan Mura. Gunung Zagorje yang tertinggi, Ivancica, terletak di sini, begitu juga gunung-ganang dan hutan rimba. Pemandangan di sini sungguh menakjubkan! Hutan hijau, lembah-lembah, padang, sungai, istana dan rumah kayu kecil, kesemuanya terdapat di sini.Anda juga boleh melawat istana Croatia yang paling cantik, Trakoscan dan Veliki Tabor di sini.

 
 

Di Zagreb dan Utara Croatia kami menawarkan:

  • Zagreb

    Zagreb

  • Varazdin

    Varazdin

  • Trakoscan

    Trakoscan